About Me

CHAT

Tuesday, 14 June 2011

bunyi yang aku ketagihkan

sewaktu dulu ketika masih kecil bunyi pertama yg aku dengar adalah
الله اكبر
اشهد ان لا اله الا الله
اشهد ان محمدا رسول الله
حي على الصلاة
حي على الفلاح
الله اكبر
لا اله الا الل

dan aku makin membesar menjadi kanak-kanak..ketika ditadika aku belajar zikir kiffarah,aku belajar nasyid 25 rasul dan aku belajar lagu bulat besar bulat kecil.makin hari aku makin menjadi dewasa pelbagai bunyi yang aku dengar pelbagai muzik yang aku terokai.masih ingat bagaimana aku mula-mula belajar membaca al-quran,ketika itu aku baru darjah 1.Alhamdulillah berkat mukaddam dan buku-buku iqra' aku dapat belajar dengan mudah

namun makin hari makin membesar dengan pelbagai bunyi dari barat yang aku dengar..ketika pertama kali dalam hidupku aku ghairah dengan bunyi yang dipanggil punk,metal,grunge dan sebagainya..aku menjadi khusyuk!ketika aku mendengar bunyi sebegitu aku berasa ingin menggoyangkan kepala aku dengan penuh nikmat..aku belajar untuk bermain muzik,ketika jamming aku dan rakan-rakanku headbanging kepala dengan irama metal,sewaktu itu aku merasakan inilah bunyian yang aku inginkan inilah dia bunyian yg aku cintakan!aku ghairah mencari bunyi yang keras yang bernadakan kebencian dan kekejaman..ketika di gig dengan bunyi seperti ini membantu aku menghayati untuk melakukan slam dancing.aku menjadi terkilan dan takjub dengan bunyi yang ku amati bersama double pedal,distortion effect,metal zone sound..aku berasa ghairah..

aku hanyut!!!

setelah aku mula remaja dari hari kehari aku makin bunyi sebegitu aku berasa jijik aku berasakan bunyi sebegitu seakan-akan salakan keldai di malam hari hingga menganggu ketenteraman pemuda-pemudi untuk berlena dimalam hari..aku menyampah dengan bunyi sebegitu..aku masih mencari bunyian yang mampu menjadikan aku
tenang
damai
bahagia
gembira

setelah beberapa lama aku mencari bunyi aku menghayati semula al-quran..kadangkala ketika kebosanan aku mendengar bunyi yang bagi aku sekarang ini terlampau menenangkan hatiku,mendamaikan hatiku,membahagiakan hatiku dan menggembirakan aku iaitu bunyian
surah alquran
zikir
nasyid

merasa tenang bila mendengar maher zain menyanyikan lagu open your eyes..damai sahaja hatiku bila mendengar qasidah burdah berbahasa urdu itu dan juga qasidah allahu dari zain bhikha..tenang-setenangnya diriku setelah mendengar bacaan al-quran dari surah al-rahman

Allah maha berkuasa

"aku jumpa bunyian yang aku inginkan"
seth@acino
1.1.2011
00.00

No comments:

Post a Comment