kemana perginya suara-suara yang membisik?
yang dulunya gah dengan ego tentang kebatilan
katanya keamanan sekarang jgn diperkotak-katikkan
adakah ini semua sandiwara dunia sahaja?
kalau dulu aku meragam tentang perikemanusiaan
sekarang aku tertanya kepada diriku
ragam apakah yang relevan dimata mereka?
aku tidak mahu kejar engkau
kerana walau ku luntur dengan cuka
kau tetap mencerca
mencerca pendapat tuhan
selama ini aku bersabar dengan keangkuhan
aku redha dengan penindasan
kini aku meragam untuk keamanan
No comments:
Post a Comment