About Me

CHAT

Wednesday, 15 June 2011

wheels-foo fighter

"well i wanted something better"
setiap hari setiap saat aku selalu fikirkan yang aku ini hanya inginkan perkara yang terbaik,aku tak mahu perkara-perkara buruk yang  mampu membawaku kearah malapetaka.Aku ketagihkan sesuatu yang bernilai untuk hidupku.

"I wish for something new"
Aku berharap ia adalah sesuatu yang baru..baru dari sudut kehidupan,pergaulan,kebebasan,ilmu dan sebagainya.segala-galanya baharu dalam hidupku..apabila setiap perkara adalah baharu aku dapat memulakan sesuatu frasa yang dinamakan "kehidupan baruku"

"And i wanted something beautifull"
menjadi norma kehidupan manusia menginginkan sesuatu yang cantik,bagiku kecantikkan yang menghairahkanku bukan datang dari rupa dan fizikal.tetapi dari hati dan akal,ia cukup sinonim dengan kehidupanku kerana cantik hati dan akal membuatku berasa senang dengannya.

"And wish something true"
kebenaran yang aku inginkan telah aku kecekapi,iaitu Islam..kalau tiada al-quran mungkin jasadku selamat terjun dari jambatan pulau pinang dan jika tiada Nabi Muhd s.a.w mungkin aku terkapai-kapai dalam menjalani hidup untuk mengetahui apakah tujuan aku menjadi manusia dimuka bumi ini.

"And you'll feel like its all over"
kerap kali aku merasakan ini adalah pengakhiran ini adalah tamatan sebuah kehidupan ku tanpa ku sedari yang aku ini masih muda lagi dan masih lagi didalam posisi belajar.kenapa aku merasa yang aku sudah habis tempoh untuk berharap,sedang ikhtiar tuhan kurniakan kepadaku terlampau banyak dan luas.

"theres another round for you"
setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan,dan aku percaya setiap hal yang berlaku ada hikmah dan pengakhiran didalam sebuah dugaan tu tetap akan berjalan dengan kejayaan jika aku sabar dalam menghadapinya.aku percaya setiap kali aku ditimpa musibah akan ada masa dan tempoh untuk aku mengubahnya-insyaAllah.

No comments:

Post a Comment