waktu umurku 9 tuhan aku diberi didikan di sekolah kebangsaan dan sekolah agama rendah,ketika itu aku belajar sirah junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w,pelajaran fikah,akhlak,tauhid,arab dan tajwid.Waktu di alam sekolah rendah setiap hari aku diasuh untuk membaca ayat lazim dari surran an-nas ke surah an-naba' setiap hari hingga aku mampu menghafal keseluruhan surah lazim tersebut,waktu umurku mencecah 12 tahun buat pertama kali aku merasakan khatam al-quran bersama rakan-rakan sekelas.
aku makin membesar,
Sewaktu di peringkat menengah aku mengenali musik,mengenali alat musik dan belajar bermain muzik.jika orang lain bermain muzik tetapi solat mereka tetap menjaga namun aku makin hari makin alpa sehinggakan amat berat untuk diriku ini duduk di rentangan sejadah mengadap Allah yang maha esa.Aku mula mengenali muzik yang agak "dark" atau mudah dikenali sebagai Black Metal namun ketika itu mudah dikatakan aku ini hanyalah poser yang mendengar muzik keras tetapi tiada identiti diri.aku main jauh dari Allah s.w.t sehingga pada suatu masa aku mengenali budaya Anarkis,sejujurnya aku tak pernah murtad ataupun mengesahkan yang diriku ini bukan islam dan waktu aku mengamalkan budaya tersebut aku berpendirian bahawasanya budaya ini sekadar trend dan tiada kena mengena dengan agama.Namun bila makin aku mengenali siapa dia pelopor anarkis dan apakah tujuan mereka,apa yang mereka mahukan dan apa yang mereka tentangkan aku makin menjadi buka mata....
tetapi..
kerana keegoan yang melampau pada ketika itu pesanan orang tua tidak kuendahkan,gigs punk di serata kl aku hadirkan diri.aku lah yang handal crowd surfing,akulah yang pogo bersama punkers yang lain,aku lah yang anti-fasisme,anti-system dan sebagainya.aku merasa bebas dengan identiti yang dibawa oleh aku.bagi aku inilah haluan yang aku inginkan
namun
ketika bulan syaaban menjelma aku berasa hendak membelek sebuah kitab berwarna putih dilingkari jalur kuning yang tertulis shahih bukhari,aku meneliti setiap apa yang aku bacakan didalam itu..aku membaca pula tafsir al-quran sehelai demi sehelai aku selak.ramadhan menjelma aku nekad untuk tinggalkan segala hidup yang lama itu memandangkan itu adalah budaya yang bukan datangnya dari keturunan aku.Aku mendengar kembali azan yang suatu waktu dulu itulah alunan yang aku tunggukan.Aku hadirkan diri buat pertama kalinya setelah 7 tahun aku bergelumang dengan hidup yang tak keruan.aku mencari ceramah-ceramah yang boleh dibuat panduan.ustaz azhar idrus adalah antara orang penting dalam proses perubahan aku ini,walaupun aku tak pernah bersua dengan beliau namun sejujurnya aku sangat menyintai ceramah beliau.
sesungguhnya diriku ini telah lama melanggar peraturan dan arahan Nabi Muhammad s.a.w,aku tidak mengikuti sunahnya dengan sewajarnya,segala apa yang dilarang oleh Allah s.w.t aku lakukan dan kali ini aku berasakan aku perlu berubah serta-merta kerana aku tak tahu mungkin esok lusa atau bila-bila sahaja jasad aku ini akan diambil oleh malaikat izrail,aku tak nak ketika dihisab nanti aku akan dipersoalkan tentang kenapa aku melanggar larangan Allah azzawajalla?aku taknak tergolong dalam golongan kiri yang akan pergi ke neraka.aku mahukan syurga yang dibawahnya mengalir beberapa sungai seperti yang diwahyukan didalam al-quran.yang paling penting aku mahukan syafaat dari baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ramadhan datang dan aku hadirkan diri untuk kusujud kepada Allah s.w.t buat julung kalinya setelah sekian lama aku biarkan hidupku lena dengan kecuaian dan kebatilan..akhirnya aku sebagai anarkis telah dapat mencari Allah
No comments:
Post a Comment