About Me

CHAT

Tuesday 23 August 2011

syawal bakal menjelma katanya

kenapa aku nak excited dengan kedatangan syawal sedangkan hari raya aidilfitri ni sehari je.tak lebih dari dua atau tiga hari namun aku hairan dan berasa dangkal dengan budaya di tempat kita terutamanya di Malaysia ini bila datangnya Hari Raya Aidilfitri dia punya keseronokan bagaikan menyambut raya selama sebulan sahaja.

namun sebelum itu kebiasaannya kita semua melakukan ibadah ketika dibulan ramadhan tetapi mood dan suasana ramadhan tu apa yang aku nampak selalunya suram dan sepi seperti ada sesuatu hari berkabung untuk semua orang sedangkan kita semua tahu bulan ramadhan adalah bulan rahmat bagi semua umat islam di seluruh dunia.

Dari Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad s.a.w bersabda "apabila telah ada bulan ramadhan maka pintu rahmatpun terbuka,pintu neraka akan tertutup dan syaitan-syaitan akan dirantai"

takkan korang semua tak nampak dari hadith diatas kita semua tengok macam mana bestnya bulan ramadhan ni.syaitan semua kena rantai tak dilepaskan untuk menghasut kita melakukan ibadah jadi senang cita bulan ramadhan ni la bulan yang kita semua tak diganggu lagi dah.

pintu rahmat terbuka waktu tu,waktu tu la kita nak minta ampun kepada Allah s.w.t selama mana kita telah membuat dosa di atas muka bumi ini.apa yang menarik bagi aku bulan ramadhan ini adalah kerana malam lailatul qadar kerana.

Bermaksud: [1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada MalamLailatul-Qadar, [2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. [4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), [5]Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

surah dekat atas ni dah membuktikan bagaiman keajaiban bulan ramadhan yang diberikan kepada kita setiap tahun.aku bukan nak bangkang Hari Raya aidilfitri,tidak sama sekali niat aku disitu cuma kenapa masjid penuh hanya pada semayang raya sedangkan bulan ramadhan hanya seminggu yang pertama sahaja yang penuh dan minggu terakhir tu KO..sedangkan minggu terakhir tu la adanya hari lailatul qadar dan keberkatan yang diberikan kepada semua umat islam diseluruh dunia.

(salah silap minta maaf yang baik datang dari Allah dan yang tak elok mungkin atas kesilapan aku)

assalamualaikum dari acino 25 ramadhan :)

No comments:

Post a Comment