About Me

CHAT

Thursday 1 September 2011

kisah dari himpunan kitab fadhail(1)

bab zikir


kisah sayyid Ali bin Maimun Maghribi adalah mahsyur.Apabila sheikh Aluan Hamri (seorang ulama mufti dan guru yang berilmu tinggi)datang dan berguru kepada sheikh Ali maka tuan Sayyid menumpukan perhatiannya kepada Sheih dengan secara kususi.Beliau menahan sheikh itu daripada mengajar menulis fatwa dan lain-lainnya dan memberitahu kepadanya supaya ia menggunakan masa sepenuhnnya hanya untuk berzikir.sememangnya orang awam dimana-mana pun suka mengejek dan mecibir-cibirkan orang-orang yang spert itu.Maka perasaan orang awam disitu pun berkumpul dan menunjuk perasaan sambil menjerit-jerit.Merka berkata bahawa mereka telah dipisahkan daripada pimpinan sheikh dan sheikh itu telah disesatkan dan sebagainya.Setelah beberapa hari Tuan sayyid mendapat tahu bahawa sheikh itu terkadang-kadang mengaji kalamAllah al quran,kemudian itupun dilarangnya.Kemarahan para penentangpun telah mencapai kemuncaknya.Lalu mereka melemparkan berbagai-bagai tuduhan kepada Tuan Sayyid itu dengan mengatakan bahawa Sayyid itu telah murtad,telah keluar dari agama,dia seorang zindik(tidak bertuhan),fasik dan lain-lainnya.Akhirnya setelah beberapa hari kesan daripada zikir itu jelas kelihatan terhadap sheikh itu sehingga menyerap kehatinya.kemudian Tuan sayyid berkata kepada sheikh itu:"kini kau mulailah kembali mengaji al-quran".setelah ia membuka semula al quran ia dapati berbagai ilmu dan makrifat yang datang mencurah-curah kepadanya.lantaran itu Tuan Sayyid berkata kepadanya "dahulunya aku bukanlah menahan kau dari mengaji al quran tetapi aku hendak melahirkan pada kau kesan-kesan zikir ini"oleh kerana kalimah suci ini merupakan sumber agama dan pokok keimanan,dan jika lebih banyak menyebut kalimah ini maka lebih kuat dan kukuhla asas keimanan ini,Adanya imam seseorang itu juga bergantung kepada kalimah ini bahkan wujudnya dunia bergantung kepada kalimah ini.

No comments:

Post a Comment