Aku tiba di lapangan terbang hussein sastranegara Bandung Indonesia,cuaca agak tenang tiga orang pramugari memintas dihadapan aku,bagasi aku diangkat oleh dua orang pemuda dari indonesia iaitu Pak Mivtah dan Pak Uus.
Ketika didalam kereta perjalanan pada haritu agak sesak sedikit memandangkan dikawasan Bandung tidak mempunyai trafik light diseluruh simpang empat jadi pergerakan agak perlahan namun beberapa perkara yang tidak diduga berlaku dihadapan mataku antaranya
-tiada traffic light di jalanraya namun aku payah untuk mendengar bunyian hon dari mana-mana kereta yang lalu lalang dijalanraya tersebut-
-setiap kereta bertolak ansur dan mempunyai sifat empati terhadap setiap pengguna jalanraya malah mereka tidak bersifat dingin atau marah ketika menggunakan jalanraya tersebut-
-sebuah motorsikal hampir belanggar dengan motorsikal disebelahnya,lalu kedua-dua pihak mengangkat visor mereka dan tersenyum sambil meminta maaf sesama mereka,abang aku menjadi saksi tentang kejadian ini-
jadi aku memikirkan tentang sesuatu perkara di sini "tiada jentera yang memandu mereka,tiada polis yang mengawasi mereka,tiada lampu isyarat untuk menahan mereka tetapi dengan adanya sifat PERIKEMANUSIAAN dan TOLERANSI kehidupan mereka tenang di tengah macet jalanraya"
macet:kesesakan lalu lintas
No comments:
Post a Comment