About Me

CHAT

Thursday, 16 June 2011

(1)

foo fighter-wheels masih lagi berlagu di laptop jenama acer,matanya masih lagi memandang pada beg duit yang hanya terisi RM30.
"aku nak hidup macam mana RM 30 ni,takkan la aku nak minta dekat mak bapak aku ni dah la tengah bulan.owh man"
mengerluh Ray keseorangan memikirkan tentang jamming malam nanti.Danial sudah katakan awal-awal nak jamming selama 2 jam di studio akarkarya,Damansara dan dia pun sudah bersetuju dengan hal tersebut.
"haih selamat la terisi cawan yang ada duit-duit syiling ni,nasib baik banyak.bolehla menampung aku naik putra sampai ke Taman Bahagia"monologue Ray keseorangan.

sambil menyarungkan t-shirt ramones bertulis gabba-gabba hey dan seluar levis.Dia membimbit sebuah keyboard ke hadapan rumah
"nak kemana kau maghrib-maghrib macam ni Rayyan?"emak menyoal sambil bercekak pinggang dihadapan 
"err nak pergi jamming la mak"menjawab sambil menggarukan kepalanya.
"asal malam je jalan! asal malam je keluar!tak reti nak duduk rumah.cari kerja taknak,tu upu tu bila nak isi yang sesi kedua punya intake?"
"laaa nanti Ray isi la ma takkan la Ray lupa pulak nak isi semua tu"sambil mengeluh dia menjawab juga pertanyaan seorang mak yang memasak gulai.tentang upu dia masih lagi bersedih dengan result yang boleh dikatakan melepasi syarat minima ke IPTA tetapi akibat daripada tiada orang dalam dan sebagainya permohonannya ditolak sebegitu sahaja.

No comments:

Post a Comment