kenapa anggukkan dan katakan ia kepada kisah itu sedang kita tidak tahu adakah benar atau adakah daif kisah yang dinyatakan itu?
kenapa tidak menyemak dahulu lembaran-lembaran lama untuk dijadikan rujukan supaya perlakuan kita dinihari tidak akan memberi kesan negatif kepada hidup kita?
adakah bila kita memaki hamun dan memberi kata-kata yang menyakitkan hati dapat memberi kepuasan kepada diri kita?
kau menutup identiti kau
untuk menghalalkan perkataan kau
kau percaya berita itu
sedang kau tidak tahu kebenarannya
ijazah kau adalah penghalal fitnah
keadaan sekeliling kita dapat lihat,tenung,amati dan hayati segala apa yang berlaku.Adakah ini dikatakan bahagia sahabat?adakah ini dikatakan keseronokan sahabat?adakah ini dikatakan aman tenteram sahabat?
ia aman
kerana kau SEORANG sahaja yang kekenyangan
ia keseronokan
kerana kau SEORANG sahaja yang bergembira
ia tenteram
kerana kau SEORANG yang tidur lena
dikaki lima ada anak kelaparan
dikaki lima ada bayi yang terbuang tanpa ehsan
dikaki lima ada orang dikejar kerana berhutang
dikaki lima ada orang gila tekanan keadaan sekeliling
dikaki lima ada orang perniagaannya dirampas
tolonglah kita semua..lakukan perubahan supaya kita tidak terus ditindas dan diperbodohkan.
janganlah diperbodohkan
"aku dia mereka semua nak makan cukup..."
No comments:
Post a Comment