About Me

CHAT

Monday, 5 September 2011

ideaku tentang PERSEFAHAMAN

Bagi aku persefahaman ini sangat penting kerana dengan persafahaman sesuatu masyarakat itu dapat bergerak maju tanpa mundur,pernahkah kita mendengar negara yang tiada persefahaman mereka dapat duduk dalam keadaan aman damai tanpa sengketa?jika ada sila lampirkan disini.


persefahaman..
ia merupakan aspek yang penting yang dapat memberi kesan-kesan positif kepada kehidupan masyarakat pada harini kerana dengan persafahaman sesebuah kampung dapat bergotong royong bersama menjayakan sebuah kenduri perkahwinan,dengan persefahaman sesebuah mesyuarat dapat menyediakan buah fikiran yang bernas dan pelbagai lagi contoh yang dapat diberikan jika adanya persefahaman..


kenapa aku menulis tentang persefahaman?
sebab aku lihat pada masyarakat kita sekarang ini seringkali kita dimomokkan dengan perasaan prejudis dan rasisme sehinggakan tiada ruang untuk kita semua ini berpendirian bersatu hati.bagaimana hal yang sedemikian boleh jadi begini?apabila pemimpin mula menunjukkan sikap tidak persefahaman mereka maka marhaen yang dibawahnya mula terkena tempias berkaitan hal ini.


aku faham tidak semua isu kita perlu ada kesama rataan dan tak semua perkara perlu disetarafkan namun tidakkah kita mahu merapatkan semula secebis persefahaman supaya masa depan yang mendatang akan menjadikan kita bertambah kukuh untuk berkerjasama?


pedulikan apa kata mereka yang tengah bergaduh kerana yang bergaduh itu mereka bukan kita sebagai rakyat,rakyat perlu bersama-sama bergerak bersatu padu untuk mewujudkan persafahaman..kita buang ketepi apa yang tidak sama supaya bila kita dapat menimbulkan perasaan persafahaman maka kita semua dapat memikirkan lagi bagaimana untuk menjana sebuah idealisme yang baru yang bersifat positif.


salah silap ucapan harap dapat dimaafkan saya hanyalah rakyat biasa melanguk ditepi pantai
assalamualaikum..
-acino-

No comments:

Post a Comment