About Me

CHAT

Monday, 5 September 2011

palahotak zine part 2

 cadangnya inilah cover untuk palahotakzine aku edisi kedua tetapi disebabkan oleh sebab musabab yang tak jelas maka aku pun membatalkan keputusan untuk meletakkan cover yang dekat atas ni sebagai cover palahotak edisi kedua.lama juga tugas ni pending berikutan daripada hal bertegang urat antara aku dengan designer aku lagi dengan kumpul bahan dan bahan yang lambat orang masukkan serta ada yang kami terpaksa batalkan demi mengelakkan kontroversi.
 jadi setelah sebulan lebih kami tidak memikirkan tentang cover palahotak jadi pada harini aku dan designer aku mula berbincang kembali untuk menghasilkan cover palahotak zine jadi aku menggunakan unsur penekanan natural bersama warna sang saka,dan tarikh 20.10 iaitu tarikh hartal semalaya pada tahun 20.10.1947..korang boleh rujuk dokumentari 10 tahun sebelum merdeka tentang peristiwa hartal ini
yang kat atas ni jari designer aku la..besar kan tapak tangan dia?lempang pun sedap gak kalau aku tak ikut cakap dia walaupun aku ini leader project ahahaha..tapi setelah berhempas pulas akhirnya terhasillah 
PALAHOTAKZINE!!

SALAM LEBARAN AKU ACINO SERTA SANTI SELAKU DESIGNER MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 
Dan kami memohon maaf jika kami mempunyai kesalahan menaip,kesalahan fakta,kesalahan bahasa dan menyebabkan sesetengah pihak berkecil hati kerana palahotak zine ini.
-salam rakyat kepada rakyat-
-acino-

2 comments:

  1. design yang tak jadi tu coooolioooo :)

    ReplyDelete
  2. ahahah colio kenape?sebab semua muka-muka pembangkang?

    ReplyDelete