Pada suatu hari sekumpulan askar komunis meminta jirannya untuk memasak makanan jadi ketika tuan rumah tersebut masak maka dia dapati ulam-ulaman telah habis dan tidak dapat dimasak,setelah ketua komunis itu mengetahui tentang hal demikian maka ketua komunis tersebut memberikan keizinan untuk tuan rumah tersebut memasak apa sahaja yang ada.jadi nak dijadikan cerita tuan rumah ni masak la DAUN KECUBUNG buat pengetahuan korang daun kecubung ni kalau makan boleh mabuk korang tau,jadi askar komunis tersebut tanpa menyelidiki dahulu apa yang dihidangkan oleh mereka maka mereka pun makanlah tanpa segan silu.
Selepas 20 minit maka semua askar komunis tersebut mabuk dan pengsan dekat situ juga,jadi waktu itu jiran wan saya ini menghubungi pasukan keselamatan upahan inggeris untuk menangkap sepasukan askar komunis tersebut dan jiran wan saya dipindahkan rumahnya dari situ kerana takut berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
No comments:
Post a Comment