Ada dua orang dikalangan Bani Israil yang seorang adalah abid dan seorang lagi pendosa.Si abid itu senantiasa menegur si pendosa itu dan selalu pula ia berkata
"serahkan sahaja aku kepada tuhanku"
pada suatu hari si abid itu dalam keadaan marah telah terlanjor berbicara bahawa "demi Allah kamu sekali-kali tidak akan diampunkan".Maka Allah s.w.t mengumpulkan kedua-duanya dialam barzakh lalu mengampunkan si pendosa kerana pengharapannya terhadap rahmat Allah s.w.t dan si Abid itu disiksa kerana sumpahnya yang terlalu berat.
"sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia dan Dia akan mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi sesiapa yang dikehendakinya"
(surah an-nisa ayat 116)
oleh sebab itu sesiapapun tidak berhak mengatakan bahawa si fulan itu tidak akan diampunkan disisi tuhan tetapi bukanlah bermakna tidak boleh menegur orang kerana kemasiatan,kemungkaran dan perbuatan-perbuatannya yang tidak senonoh.
No comments:
Post a Comment