About Me

CHAT

Friday 2 September 2011

kisah dari himpunan kitab fadhail(3)

Rabi'ah Aduwiyah adalah seorang wali yang termahsyur beliau sembahyang semalam-malaman.setelah terbiit subuh sadiq beliau berbaring sebentar dan apakala subuh sadiq terang jelas beliau bangun dengan perasaan gelisah dan berbisik kepada dirinya,"bahawa sampai bilakah kamu hendak tidur sehingga serunai sangkakala ditiupkan".


Manakala waktu matinya hampir tiba beliau berwasiat kepada khadamnnya,sambil berkata "apabila aku sudah mati hendaklah kamu kapankan aku dengan baju bulu yang biasanya aku pakai semasa sembahyang tahajud dan berita kematianku janganlah engkau hebahkan kepada sesiapa pun"


pendek kata apabila beliau telah mati,beliau pun dikapankan menurut wasiatnya tadi.sesudah itu kahadamnya telah melihat didalam mimpinya,beliau memakai pakaian yang serba indah.Lantas si khadam tadi bertanya kepadanya "dimanakah baju bulu yang dijadikan kain kapan bagi puan?"


jawabnya "baju itu disimpan bersama-sama amalanku"


selanjutnya si khadam itu berkata "nasihatilah kepadaku"


beliau berkata "hendaklah engkau berzikir sebanyak yang mungkin,nescaya engaku akan dibanggakan dalam kubur nanti"

No comments:

Post a Comment