About Me

CHAT

Saturday, 3 September 2011

interview with....

1)adakah relevan bagi anak muda menggunakan seni untuk berjuang menentang kezaliman
Ada orang berpendapat bahawa seni untuk seni. Tapi saya kira itu tidak benar. Seni tidak boleh terpisah dari masyarakat, seni menggambarkan keadaan sesuatu masyarakat. Adalah amat wajar jika anak-anak muda kita menggunakan seni untuk perjuangan.

Di dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan lahir ramai kumpulan seni teater yang menggunakan panggungnya untuk menyebarkan semangat anti-penjajah di kalangan penonton.

Asas 50 pernah tampil ke persada seni, menggunakan seni sebagai senjata untuk menegakkan keadilan sosial, menentang kemunkaran

2)pada  pandangan saudara apakah peranan generasi muda masa kini?
Sebenarnya kami amat bangga dengan adanya anak2 muda yang segas, cerdas hari ini. Teristimewa penting saya rasakan ialah kerana mereka telah memerdekakan fikiran/pandangan masing, boleh melihat lebih luas ke depan. Inilah harapan dan kegembiraan kita.
3)memandangkan saudara arif tentang perjuangan,bolehkah saudara memberikan ikon yang sesuai untuk dijadikan contoh kepada generasi muda masa kini?
Saya kira banyak pejuang2 veteran boleh dijadikan ikon untuk bahagian2 tertentu. Kalau dalam konteks masyarakan kita, saya kita Jika saya diberi hak memilih, pilihan saya ialah Bapa Abdullah C.D. dan Allahyarham Dr. Burhanuddin - kedua-duanya mempunyai perwatakan yang hampir sama, lemah lembut, mudah berkenalan, boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bawahan, kuat keimanannya dan yang paling besar ialah taat setia tak berbelah bagi kepada bangsa dan tanah air
4)soalan terakhir apakah harapan saudara tentang perjuangan anak muda pada masa kini?
Sebesar harapan saya dan rakan-rakan kepada anak muda kini untuk mengemudi masyarakan kita menerokai masa depan yang indah. Kepada mereka kami harapkan terus menerus menggali sejarah bangsa kita yang gilang gemilang yang masih diselimuti lumpur penjajahan. Masa depan ada ditangan anak muda! (meminjam kata2 tukar tiub)

No comments:

Post a Comment