About Me

CHAT

Sunday, 4 September 2011

sikap yg sepatutnya

kerapkali kita berjalan dari satu tempat kesatu tempat kita melihat pelbagai pemandangan dan juga ragam orang,kita dapat lihat keharmonian sesuatu masyarakat dan budaya pada sebuah kelompok dan komuniti namun jauh mana kita berjalan jauh mana kita menginjakkan kaki dibumi ini sikap yang negatif tetap tidak dapat dikikiskan antaranya MENCARI KESALAHAN ORANG.

bagi saya perkara ini sudah sekian maklum kepada semua orang iaitu mengenai mencari kesalahan orang,hakikat yang terpaksa kita akui bila kita mengenali orang yang baru kita mencari kelemahan dia supaya kita dapat point nak hentam dia.tapi tak semua orang macam ni,tapi mencari kesalahan ni la yang boleh menjadi punca kepada
-bertengkar
-bergaduh
-berdebat
-bermasam muka
serta bermacam-macam ber lagi yang boleh dirungkaikan dekat sini.tak percaya?cuba korang mencari kesalahan kawan korang lepastu korang bagitau dia tentang kesalahan dia secara terus menerus agak-agak korang diorang masih mampu tak bersenyum tawa dengan korang(kalau dia senyumpun boleh jadi senyum hipokrit)

jadi marilah sama-sama kita mengikis sikap mencari kesalahan ni kerana bila kita bersikap macam ni kita telah meletakkan diri kita didalam kancah yang stress dan tekanan sebab kerja nak cari salah orang bila kita cari salah orang kita rasa nak marah bila rasa nak marah kita rasa nak mengamuk bila mengamuk BP korangpun naik dah kena pantang sana pantang sini tak boleh makan*okay macam dah nak lari topik ni

apa kata kita buat sikap mencari persamaan dengan seseorang apabila kita dapat mencari persamaan benda ni ibarat buah yang bercambah,imagine kalau korang cari persamaan dengan orang tu korang mesti nak berkawan dengan dia kan?bila korang berkawan korang mesti nak tolong?bila nak tolong dah timbul kasih sayang bila timbul kasih sayang kadang-kadang kesalahan orang tu kita boleh maafkan dan lambat laun persaan mahmudah seperti bertolak ansur,memahami dan sebagainya akan lahir disanubari hati kita ini.

sekian
-acino-8.38 pagi 5/9/2011 5.syawal.

No comments:

Post a Comment