About Me

CHAT

Friday, 16 September 2011

genggam hati

saat manusia mula terpejam kerana berduka
aku ini masih lagi bergelora tentang cerita
hikayat manusia dan rasa
hingga titik penghujung 
tak kesudahan rasanya perasaanku
terima kasih kerna hadir
dalam hidupku yang penuh ranjau 

jika waktumu sudah tiba
akan ku genggam erat apa yang kau pinta
supaya tiada alpa ku tentang kekelutan kita
mungkin aku masih betah untuk menerima
namun tak pernah aku hilangkan perasaan menanya
apakah khabar gerangan kasihmu disana

selamat tinggal perjalanan
selamat tinggal kisah
selamat tinggal kasih
biarlah rasa menemani jiwa
saat kau hilang dalam rupa

No comments:

Post a Comment