About Me

CHAT

Saturday, 1 October 2011

BUKU JALANAN(I)

1.10.11 bertempat di taman tasik shah alam aku dan rakan-rakan mas joko berada disana untuk menggerakkan program yang dinamakan BUKU JALANAN
pada pukul 4 aku tiba di Taman Tasik Shah Alam berhampiran wetworld dan suasana ketika itu baru selesai hujan jadi agak basah dan lembab sedikit kawasan tasik namun itu semua tidak melunturkan hati kami untuk menjayakan program BUKU JALANAN.jadi aku dan rakan-rakan mula menghidangkan buku-buku yang menjadi santapan pengunjung Taman Tasik Shah Alam.



disini aku tidak dapat menunjukkan gambar-gambar pengunjung yang hadir ke program BUKU JALANAN ini namun tindak balas yang kami dapat kebanyakkannya positif dan hanya segelintir sahaja masyarakat yang bersifat pasif terhadap buku-buku bacaan.jadi saya harap moto buku jalanan iaitu "membenih ilmu,mengakar pengetahuan" dapat disemaikan dalam diri setiap pembaca.

No comments:

Post a Comment